Monday, January 30, 2012

The Tourist

Cerita The Tourist  membintangi dua orang pelakon Hollywood yang popular dan berbakat iaitu Johnny Depp dan Angelina Jolie..





Cerita ini difilemkan di Venice, Itali.. Pemadangan cerita nie sangat indah.. Bandar Venice terkenal dengan bandar romantik dan jalan air digunakan untuk laluan harian. Johnny Depp memegang watak sebagai Frank Tupello dan Alexander Pierce. Angelina Jolie pula sebagai Agen Elise Ward.

Alexander Pierce menukar nama dan wajah kepada Frank Tupello untuk mengelakkan diri dari ditangkap oleh seorang mafia, Shaw, kerana telah mencuri duitnya berbillion-billion pounds.. Pierce hanya berkomunikasi dengan kekasihnya Agen Elise Ward melalui surat. Elise jatuh hati kepada Alexander semasa menjalankan tugasnya.Alexander menjadi seroang yang dikehendaki oleh kerajaan kerana dia tidak membayar cukai yang sepatutnya untuk harta yang dia miliki iaitu cukai sebanyak jutaan pounds. 

Atas arahan dalam surat Alexander, Elise memilih seorang jejaka secara rambang yang mempunyai ciri-ciri tubuh badan yang sama seperti Alexander semasa dalam perjalanan ke Venice. Elise telah memilih Frank Tupello. Pada masa itu, Elise tidak tahu dia adalah Alexander.

Seperti cerita lain yang dibintangi Johnny Depp, cerita ini sangat menarik dan diselitkan dengan unsur lawak. Pendek kata, cerita ini sangat best.. 5 star~