Kebanyakan daripada kita termasuk Ira sendiri tidak menyedari kepentingan mengambil jumlah air yang cukup dalam sehari.. Kita minum air sekadar untuk melegakan rasa haus dan selepas makan. Minum air yang cukup adalah sangat penting kepada kesihatan tubuh badan.. Kekurangan air dalam badan adalh merbahaya dan boleh membawa MAUT!! isk isk...
Simptom-Simptom Biasa
1. Pening kepala
2. Mual
3. Mulut dan bibir kering @ merekah
4. Air kencing yang pekat
5. Kencing sedikit dan kurang dari tiga kali sehari.
Jika anda mengalami simptom-simptom seperti ini, minum air secukupnya.. Masih belum terlambat..
Apabila simptom ini berlarutan dan tiada tindakan diambil, anda berisiko ada batu karang. Selain itu, anda akan mengalami sembelit, masalah kolestrol dan kerosakan hati, otot dan sendi-sendi tulang.
Simptom-Simptom Kritikal
1. Kulit yang kering. Apabila dicubit, lambat untuk kembali ke posisi asal.
2. Tidak boleh kencing atau tidak kencing lebih dari lapan jam.
3. Mata lebam
4. Tekanan darah rendah.
5. Kadar nadi yang rendah
6. Denyutan jantung yang tinggi dan laju
7. Tangan dan kaki terasa sejuk
8. Tidak fokus kepada sesuatu
9. Selalu rasa tidak pasti dan letih
10. Ada darah pada najis atau muntah
Jika anda mengalami beberapa simptom diatas, anda mesti menghubungi doktor atau pergi ke hospital dengan segera. Keadaan boleh menjadi bertambah serius apabila darah berhenti mengalir dalam badan dan menyebabkan maut.