Wednesday, January 18, 2012

Jenis Darah dan Personaliti Kita




Gologan Darah A 
  • Berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
  • Karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
  • Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
  • Berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
  • Selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
  • Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
  • Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'. 




Gologan Darah B 
  • Cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
  • Mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi.
  • Dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
  • Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain. 
  • Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
  • Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang. 



Gologan Darah O 

  • Berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
  • Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
  • Biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
  • Biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
  • Sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
  • Mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
  • Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai. 


Gologan Darah AB 

  • Mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
  • Penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati 
  • Keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
  • Seolah-olah mempunyai dua keperibadian.
  • Sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
  • Mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah.


Saya darah O... :) hehe...