Thursday, January 19, 2012

Khalifah-Khalifah Yang Benar


Buku nie MUST HAVE tau... Ira belikan tuk en.Hubby sempena ulangtahun.. Smoga dye suke.. hehe.. Ira xsabar hadiahkan kt en.Hubby... :) 

Buku nie sangat intersting dan membantu dalam ingat sejarah-sejarah perkembangan Islam melalui sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.. Perit jerih.. Kejayaan.. Kalu baca biografi biasa, mugkin tak menarik perhatian orang-orang muda.. Kalu sejarah dalam bentuk novel macam nie, semua orang minat nak baca.. Tak kire dari orang dewasa smpaila anak-anak kecil.. Nak bacakan untuk budak-budak pun boleh sebab budak-budak kan suka sesuatu yang berbentuk cerita.. Malam-maam sebelum tido, boleh bacakan untuk anak-anak..Satu ari nanti, bila ira dah ade anak-anak, ira nak bacakan buku nie untuk dorg setiap malam.. :) Jadi dorg membesar xdelah tau sejah Afonso De Albuqurque je... Dorg membesar dengan mengetahui sejarah para sahabat dan juga RAsulullah s.a.w.. (^-^)  SERIOUSLY.. Buku nie memang best... Hardcover okeyh...

Walaupun ira bace novel-novel english, bila ira come across novel gnie, ira akan baca.. (^-^)


Book Review

Book Title : Khalifah-Khalifah Yang Benar
Author      : AbduL Latip Talib
Publisher  : PTS Latera Utama Sdn. Bhd
Genre        : Non-Fiction;Islamic;History
Price         : Sbh/Swk  - RM 58.00
                    Semenanjung - RM 55.00
Pages      :  770 pages
Review :

Inilah kisah Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin dengan cerita yang berbeza.. Mereka adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan syurga.

Abu Bakar As Sidiq - lelaki yang tak pernah ragu membenarkansemua kata-kata Nabi. Diangkat menjadi khalifah selepas wafatnya junjungan agung. dikenali sebagai peneguh kerajaan Islam dan bejasa sebagai penghapus nabi-nabi palsu

Umar al-Khattab - lelaki yang awalnya keras ke atas Islam, akhirnya menjadi lelaki pendinding agama yang benar. Beliau harum sebagai pengembang empayar Islam.

Uthman Affan - lelaki yang mengahwini dua puteri Nabi. Dikenali sebagai dermawan dan dikenang sebagai pengumpul al-Quran.

Ali bin Abi Talib - lelaki yang mempunyai pertalian darah dengan Nabi. Menjadi kanak-kanak pertama yang memeluk ISlam. Dihormati kerana tinggi ilmunya dan dikenang sebagai pahlawan Islam yang tidak pernah gentar kepada musuh.

Mereka mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar. Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar.