Fakta
1. Semasa bekerja, pastikan monitor anda berada pada atau dibawah paras mata anda.
2. Minum banyak air semasa berada dalam bilik berhawa dingin/ Ini kerana penghawa dingin menyerap banyak lembapan dari tubuh anda dan boleh menyebabkan dehidrasi.
3. Jangan tidak bersarapan walau apapun alasannya.. (Cewahh..) Sarapan akan memberi tenaga untuk anda sepanjang hari dan juga menolong anda untuk mengurangkan stress..
4. Makan dengan perlahan. Badan anda memerlukan masa 20 minit untuk memastikan bahawa anda sudah kenyang atau belum. Dari kajian di Jepun, orang yang makan laju, berat badannya lebih senang untuk bertambah berbanding orang yang makan dengan perlahan.
5. Mendengar musik boleh menajamkan minda anda.. ( Kalau dgr lagu rock caner..? Tajam ke..? :p )
6. Minum banyak air untuk mengelakkan diabetes menyerang anda.
Mitos
1. Cuaca sejuk boleh menyebabkan anda demam atau tidak sihat. Cuaca sejuk tidak menyebabkan masalah kesihatan. Kajian telah mendapati orang yang hidup di kawasan yang sejuk susah untuk demam atau tidak sihat berbanding mereka yang hidup di kawasan yang lebih panas.. ( Sebab kat tempat panas, enzyme bakteria aktif ke...? )
2. Haba dari badan keluar di kepala..? Tidak.. Haba bukan sahaja keluar dari kepala tetapi juga dari bahagian badan lain yang terbuka.
3. Semua herba adalah selamat kerana herba adalah tumbuhan.. No no.. Memang selamat jika diambil dalam sukatan yang betul. Seperti herba Kava, untuk menghilangkan rasa gelisah, tetapi jika diambil banyak dan berlebihan akan menyebabkan toksik berkumpul dalam hati.. :)