Thursday, January 26, 2012

Jadikanlah Rumahmu Sumber Kediaman



Seorang ayah didatangi anak perempuannya sambil menangis..

" Ayah.. Aku dan suamiku ada masalah. Dia marah kerana ucapanku. Ketika aku menyedari suamiku marah, aku menyesal dan minta maaf kepadanya. Dia tidak mahu bercakap denganku dan memalingkan wajah dariku. Kemudian aku terus berada didepannya sehingga dia kembali ketawa dan senyum padaku. Aku takut Allah mengambil nyawaku ketika suamiku marah kepadaku. "

Si ayah memberi nasihat kepada anaknya ...

" Anakku, jika engkau meninggal dunia dan suamimu tidak reda terhadapmu, maka aku pun tidak akan reda kepadamu. Bukankah engkau mengetahui bahawa seorang  isteri yang dimarahi oleh suaminya adalah terlaknat sebagaimana telah tertulis dalam Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.. Hal itu akan mempersukar sakaratul mautnya dan kuburannya menjadi sempit. Maka beruntunglah seorang isteri yang diridhai suami.."

Isteri solehah akan menjaga supaya sentiasa dicintai suami sehingga tidak mengusik keharmonian rumahtangga mereka..