2. Tidak menjadikan mengemas rumah sebagai satu cara hidup. Apabila mengemas menjadi budaya, dengan sendirinya sifat suka mengemas akan datang tanpa perlu dipaksa.
3. Tidak mendidik anak-anak supaya bersih dan kemas. Sepatutnya, anak-anak kecil mesti diasuh dalam keadaan yang bersih dan mementingkan kebersihan. Secara automatik, budaya bersih akan ada dalam diri anak-anak iaitu generasi masa depan.
4. Tidak berminat mengemas rumah. Hal ini berkemungkinan apabila wanita itu bujang dan belum berkahwin, dia hidup dalam suasana yang tidak kemas dan tidak terurus. Jadi, boleh terbawa-bawa hingga kehidupan selepas berkahwin.
5. Merasakan mengemas rumah bukanlah perkara yang penting.
6. Suka mengunjungi rumah jiran sehingga lewat balik ke rumah. Hal ini berlaku apabila surirumah berjumpa dan berbual panjang tentang gossip, fesyen, dekorasi rumah terbaru tanpa menyedari rumah sendiri tidak dikemas..
7. Lupa bahawa kebersihan merupakan imej peribadi seorang wanita. Lupe ke..??