Ada dua sikap buruk yang merosakkan manusia di bumi ini iaitu sifat rakus dan tamak. Kedua-dua sifat buruk ini boleh diatasi dengan cara-cara berikut :
1. Berjimat, pandai berbelanja dan bijak menguruskan kewangan.
Orang yang gemar berbelanja, tidak akan pernah merasa cukup bahkan akan menjadi semakin bakhil dan tamak. Hidup jimat merupakan kunci kepuasan diri. Ada ungkapan yang indah menyebutkan : " Merancang segala sesuatu adalah separuh daripada kejayaan "
2. Jangan cemas dan gentar menghadapi masa depan.
Kawallah angan-anganmu dan yakinlah bahawa masalah rezeki sudah ditentukan, jika ia telah ditentukan untukmu maka ia tidak akan jatuh ke tempat lain.
3. Meningkatkan ketakwaan.
Kerana bertakwa kepada Allah s.w.t adalah syarat beroleh jalan keluar dari kesusahan sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah s.w.t :
"Sesiapa bertakwa, maka Allah akan memberikan kepadanya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka "
(Surah At-Talaq : Ayat 2 )
4. Berpuas hati menerima apa adanya.
Sifat ini adalah sifat yang terpuji; sedangkan sifat tamak dan kenal cukup adalah sifat yang tercela. Ambillah pengajaran yang berguna dari kedua-dua sifat tersebut.
5. Bacalah dan hayatilah perjalanan hidup para nabi dan orang-orang soleh.
Ambillah pengajaran terutama dalam sikap dan akhlak mereka. Jadikanlah cara mereka sebagai teladan dan ikutan.
6. Perhatikanlah keadaan mereka yang kurang bernasib baik.
"BERSYUKURLAH... ALHAMDULILLAH..."