Isteri solehah tidak menyediakan makanan lebih dari yang diperlukan. Kerana dia tidak berlebih-lebihan dalam soal makanan.. Tambahan lagi, membazir adalah amalan syaitan.
Ummul Mukminin, Aisyah r.a merupakan contoh terbaik dalam hal makanan bagi wanita muslimah. Pada suatu hari Aisyah r.a berkata " Tidak pernah ada yang tersisa dari hidnagan Rasulullah s.a.w, sama ada roti mahupun gandum, samada sedikit ataupun banyak.". Dalam riwayat lain : " Hidangan Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan sisa sama sekali ketika diangkat dari hadapan beliau." (Ini menunjukkan bahawa beliau tidak berlebih-lebihan dalam hidangan )
Selain berlebih-lebihan dalam soal makanan, Islam juga melarang berlebih-lebihan dalam penggunaan peralatan, contohnya menggunakan peralatan hidangan daripada emas dan perak.
Diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a, katanya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : " Siapa yang minum dari bejana perak, maka dalam perutnya bergemuruh suara api neraka". Sedang menurut Riwayat Muslim : " Sesungguhnya orang yang makan dan minum menggunakan bejana perak dan emas, didalam perutnya bergemuruh suara api neraka. "
Islam memang patut menghaamkan hal ini kerana makan dan minum menggunakan perak dan emas adalah perbuatan berlebih-lebihan dan ciri-ciri orang yang boros. Sedangkan Islam mengajar umatnya menjadi umat yang sederhana dan tidak boros. rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Muaz bin Jabal ketika beliau diutus ke Yaman : " Jangan berlebih-lebihan dalam kenikamatan, kerana hamba-hamba allah s.w.t tidak boleh berlebih-lebihan dalam kenikmatan. "