Sunday, January 29, 2012

7 Mitos Tentang Berhenti Merokok


7 Mitos Tentang Berhenti Merokok

1. Berhenti merokok menyebabkan naik berat badan

Takut berat badan bertambah adalah salah satu sebab mengapa perokok tidak berhenti merokok. Berdasarkan fakta daripada kajian-kajian yang tela dibuat, secara purata perokok akan naik berat badan sebanyak 5 hingga 10 paun iaitu 2 hingga 4 kilogram. Berhenti merokok menyebabkan psikologi dan fizikal seseorang berubah. Adalah satu kesilapan mengatakan ketagih kepada nikotin akan membuat anda berasa lapar sementara ada juga  yang mengatakan bahawa makan adalah salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada ingin merokok.. Berat badan yang naik boleh dikurangkan dengan memperbanyakkan senaman, berpuasa sunat dan makan mengikut keperluan sahaja.. Jangan berlebihan.. :)


2. Merokok beberapa batang rokok sehari.. Okay la tu.. Dari sekotak..

Ada yang mengatakan mereka berhenti merokok dengan mengurangkan kuantiti yang diambil dalam sehari.. Contonya, seseorang mengambil rokok sebanyak 20 batang sehari dan boleh mengurangkannya kepada 3. Ini tidak boleh dikatakan berhenti kerana dia masih lagi merokok cuma dalam kuantiti yang sedikit. 

Kajian di Norway terhadap 43,000 lelaki dan wanita merokok telah dijalankan. Wanita yang merokok 3-4 batang rokok sehari (sikit kan...), mempunyai risiko 5X untuk mendapat kanser paru-paru berbanding yang tidak merokok. Lelaki pula 3X.. Pendek kata, merokok itu merbahaya walaupun dalam jumlah yang sedikit.

3. Berhenti merokok akan melibatkan kos yang tinggi

Cuba banyangkan cukai yang ada pada setiap kotak rokok yang dibeli. Jika dikumpul dalam satu jangka masa, anda akan mendapati lebih sikit wang yang dibelanjakan untuk proses berhenti merokok daripada membayar cukai yang ada pada satu kotak rokok.. Apatah lagi dengan harga satu kotak rokok.. Banyak yang anda jimat.. Boleh membeli benda lain.. Hadiah untuk si dia ke... (^-^)

4. Saya yang merokok.. Orang lain tak kena apa-apa pun....

Adakah anda tahu dan sear bahawa terdapat 4,000 jenis kimia ada dalam sebatang rokok.. Dan dengan setiap hembusan asap dari perokok, orang lain yang menyedut asapnya menerima risiko 2X lebih banyak berbanding diri perokok itu sendiri. (Sape cakap orang lain xkene ape2... Cakap..) 

5. Cerut dan mengunyah tembakau lebih selamat berbanding rokok

Ada yang berpendapat bahawa syarikat yang mengeluarkan cerut dan tembakau telah mengunakan teknologi untuk mengurangkan risiko terhadap si perokok. Ramai yang mengunakan alternatif ini mungkin berpunca kerana kadar cukai yang rendah,

Cerut lebih berbahaya berbanding rokok. Ia mempunyai kandungan tar yang lebih banyak dan mendedahkan perokok kepada kanser paru-paru dengan risiko yang lebih besar. Selain itu, mereka juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser mulut, lidah, bibir, larynx dan juga penyakit jantung.

Orang yang mengunyah tembakau akan lebih cepat ketagih. Satu cubit tembakau untuk dikunyah mengandungi gula dan garam sebanyak satu sudu penuh..Natijahnya, pengunyah tembakau akan menghidap kanser mulut, tekak, pipi, gusi, lidah, rahang, muka dan bibir. 

6. Saya dah lama merokok. Okay je. Perlu berhenti ke..?

Satu kajian di Duke University di Amerika mengatakan perokok yang berhenti merokok sebelum usia mereka mencecah 35 tahun mempunyai peluang hidup yang panjang seperti orang bukan perokok. Tetapi itu bukan alasan untuk berhenti pada umur yang lewat seperti 40 , 50 mahupun 60. 

Perokok yang mencapai usia emas, jika berhenti merokok, mereka akan kurang batuk, stamina diri semakin bertambah an jangkitan pada paru-paru berkurangan. Untuk setiap peringkat umur, jika berhenti merokok, terdapat peluang beberapa tahun lebih lama untuk hidup. 

7. Saya merokok kadang-kadang.. Bukan ketagih...

Nikotin yang terdapat dalam rokok akan menyebabkan ketagihan yang tinggi berbanding heroin, alkohol dan kokain. 

Apabila nikotin disedut, satu signal akan disampaikan kapada otak, untuk meningkatkan jumlah dopamin dan memberikan satu kenikmatan kepada si perokok. Malangnya, rasa nikmat itu hanya untuk sementara dan dalam masa yang singkat. Ini menyebabkan si perokok akan merokok kembali untuk mendapat 'kenikmatan' tersebut.