Friday, January 27, 2012

Fitrah Kaum Wanita

Seorang wanita berbangsa Jerman telah memeluk agama Islam. Pada suatu hari, dia telah menyuarakan pendapat dan berkongsi nasihat kepada kaum sejenisnya, kaum Hawa..




" Jangan sesekali mahu terikut-ikut dengan pemikiran dan gaya hidup orang Barat. Mereka melakukan semua itu tidak lain hanya ingin memperdayakan kita supaya berada jauh dari landasan agama kita dan setrusnya menguasai kekayaan yang ada pada kita..

     Sedangkan Islam sejak awal mempunyai aturan sistem kekeluargaan yang sesuai dengan fitrah kaum Hawa. Suruhan agar kaum wanita tinggal dirumah memang sesuai dengan fitrah dan kecenderungan mereka. Mungkin ada yang MEMPERSOALKANNYA, tetapi hal yang pasti ialah kerana Allah s.w.t mencipta kaum lelaki sesuai untuk memikul tangunggjawab, beban fikiran dan beban-beban lain yang lebih berat..

     Pada masa yang sama, Allah s.w.t mencipta wanita mempunyai perasaan yang lemah lembut, tidak mempunyai kekuatan fizikal yang kuat berbanding lelaki. Tidak dinafikan ada segelintir wanita yang mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan lelaki. Namun begitu, apabila dipandang dari segenap aspek, wanita lebih patut dan sesuai tinggal dirumah.. Pandangan bahawa wanita mesti berada dirumah adalah kolot patut dihapuskan.

    Seorang wanita yang bergelar isteri atau ibu yang mencintai suaminya dan mencintai anak-anaknya tidak akan meningalkan rumah kecuali urusan penting dan tidak akan bercampur dengan lelaki lain di luar rumah. 99% wanita di Barat mengalami keruntuhan moral adalah kerana sifat ego yang menebal dalam diri dan tidak rasa takut dan gentar kepada Allah s.w.t."

" Pada umumnya, wanita Barat keluar bekerja dan ini menyebabkan lelaki melalukan apa yang sepatutnya menjadi bidang kaum wanita. Ramai lelaki Barat yang tinggal di rumah, menjaga anak, mengemas rumah, mencuci pinggan.. Dalam Islam, tidak ada larangan untuk seorang lelaki membantu isterinya melakukan kerja rumah, malah ia digalakkan. walaubagaimanapun, anjuran Islam tersebut tidaklah sampai membiarkan berlakunya pengeseran peranan antara kaum wanita dan kaum lelaki..