Tuesday, January 31, 2012

Realiti Di Universiti (^-^)

New Semester




After 1st week


After 2nd week



Nak tahu lagi.....????


Before mid term test


During mid term test


After mid term test


Before Final exam


Once get to know the final exam schedule


7day before Final


6day before Final


5day before Final


4day before Final


3day before Final




2day before Final


1day before Final


The night before final


Last hour before final


During Final


Once walk out of exam hall


After final exam



Read more...

Monday, January 30, 2012

Dvorak keyboard

aik..? Keyboard ape nie..? Salah pasang eh..??

Dvorak keyboard merupakan satu alternatif papan kekunci. Papan kekunci yang kita selalu jumpa dan guna adalah papan kekunci QWERTY.. 

Papan kekunci Dvorak lebih senang untuk digunakan dan majority penulis yang mengunakan papan kekunci ini rasa selesa. Namun, papan kekunci QWERTY wujud lebih awal sekitar tahun 1800.. Ini menyebabkan papan kekunci QWERTY lebih dominan berbanding Dvorak.

Kebanyakkan penulis menggunakan papan kekunci QWERTY kerana tidak tahu kewujudan papan kekunci Dvorak. 

Read more...

Nak tahu harga website @ blog anda

Ada satu website yang menilai berapa harga blog @ website anda.. Website tersebut ialah bizinformation.com.my. Blog Ira pun ade nilai tersendiri.. hehe.. Brape..?? Rahsia.... :) 




Nanti dye akan keluarkan setail-detail blog anda serta nilainya seperti gambar diatas. Website ini menilai blog kita daripada berapa jumlah kunjungan harian. Servis ini ialah percuma. 

10 Website Yang Mempunyai Nilai Tertinggi Di Malaysia

1.  google.com.my = RM 89.90 milliom

2.  thestar.com.my = RM 12.79 milliom

3.  maybank2u.com.my = RM 12.23 million

4.  mozzi.biz = RM 11.46 million

5.  malaysiakini.com = RM 10.26 million

6.  lowyat.net = RM 8.55 million

7.  mudah.my = RM 8.04 million

8.  utusan.com.my = RM 6.48 million

9.  cari.com.my = RM 6.00 million

10. bharian.com.my = RM 5.56 million
 

Read more...

Kebenaran tentang Ais Krim...

Mesti semua orang pernah makan ice-cream kan..? Ice-cream... (^-^) Nyummy.. Vanilla.. Chocolate.. Chocolate and Mint.. Neapolitan.. Sejuk, lembut, manis.. Boleh buat keadaan suram jadi ceria.. Boleh buat bibir yang muram mengukirkan senyuman.. Tapi adakah anda tau dari mana asalnya konfeksi ais-krim..? Amerika..? Itali..? Turki..?? Nope!! Salah!! Jawapannya ialah CHINA!! Betul.. Ais krim adalah makanan orang Cina.



Seorang penjelajah, Marco Polo, telah menemui resepi pencuci mulut " ais susu " yang popular di China. Apabila Polo balik ke negara Eropah, mereka menukar bahan susu kepada krim.. Dan sejak itu, pencuci mulut yang berasal dari China itu dipanggil Ice-Cream... 

Read more...

Simptom-Simptom Dehidrasi

Kebanyakan daripada kita termasuk Ira sendiri tidak menyedari kepentingan mengambil jumlah air yang cukup dalam sehari.. Kita minum air sekadar untuk melegakan rasa haus dan selepas makan. Minum air yang cukup adalah sangat penting kepada kesihatan tubuh badan.. Kekurangan air dalam badan adalh merbahaya dan boleh membawa MAUT!! isk isk...


Simptom-Simptom Kekurangan Air



Read more...

The Tourist

Cerita The Tourist  membintangi dua orang pelakon Hollywood yang popular dan berbakat iaitu Johnny Depp dan Angelina Jolie..




Cerita ini difilemkan di Venice, Itali.. Pemadangan cerita nie sangat indah.. Bandar Venice terkenal dengan bandar romantik dan jalan air digunakan untuk laluan harian. Johnny Depp memegang watak sebagai Frank Tupello dan Alexander Pierce. Angelina Jolie pula sebagai Agen Elise Ward.

Alexander Pierce menukar nama dan wajah kepada Frank Tupello untuk mengelakkan diri dari ditangkap oleh seorang mafia, Shaw, kerana telah mencuri duitnya berbillion-billion pounds.. Pierce hanya berkomunikasi dengan kekasihnya Agen Elise Ward melalui surat. Elise jatuh hati kepada Alexander semasa menjalankan tugasnya.Alexander menjadi seroang yang dikehendaki oleh kerajaan kerana dia tidak membayar cukai yang sepatutnya untuk harta yang dia miliki iaitu cukai sebanyak jutaan pounds. 

Atas arahan dalam surat Alexander, Elise memilih seorang jejaka secara rambang yang mempunyai ciri-ciri tubuh badan yang sama seperti Alexander semasa dalam perjalanan ke Venice. Elise telah memilih Frank Tupello. Pada masa itu, Elise tidak tahu dia adalah Alexander.

Seperti cerita lain yang dibintangi Johnny Depp, cerita ini sangat menarik dan diselitkan dengan unsur lawak. Pendek kata, cerita ini sangat best.. 5 star~   


Read more...

Khasiat buah delima


Buah delima nie memang sedap dan manis.. Tapi manisnya tidak menyebabkan tekak kering atau merasa tidak selesa. Tahun lepas, Ira ngan en.Hubby ada beli buah delima dekat pasar.. Delima dari Spain.. Rm 5 sebiji.. hehe.. Biarlah.. Tapi ape yang bestnye, isi buah delima tu sangat mera dan besar.. dan SANGATTT manis.. :) hehe.. Ira suka makan buah delima lepas tengok cerita Prince of Persia.. Lagi satu pengaruh filem.. haha... Sebab buah delima nampak sangat sedap dalam cerita tu.. Ira try sebiji dan addicted.. :) ngeh ngeh..


Khasiat Buah Delima

1. Buah Delima, samada isi ataupun jusnya boleh menghindar penyakit seperti leukemia, kaser payudara dan kanser prostat.

2. Buah Delima adalah buah yang mengandungi jumlah anti-oksidan sangat tinggi.

3. Jika dimakan selalu, buah delima akan menegangkan kulit wajah anda serta menghalang wajah dari kedutan.

4. Mengikut kitab suci Al-Quran, buah delima tumbuh dalam raman syurga.. (55:068)

5. Kajian di Israel menunjukkan bahawa buah delima mampu menghapuskan sel-sel kanser dari terbentuk.

6. Buah delima terpatri pada duit syiling kerajaan purba Pamphylia.

7. Terdapat 760 jenis buah delima.

8. Buah delima bersaiz besar yang kering dijumpai dalam makam Djehuty, iaitu pengawal peribadi Permaisuri Hatshepsut, Mesir. 


Read more...

Mitos Dan Kenyataan Tentang Kesihatan Tubuh


Fakta

1. Semasa bekerja, pastikan monitor anda berada pada atau dibawah paras mata anda.

2. Minum banyak air semasa berada dalam bilik berhawa dingin/ Ini kerana penghawa dingin menyerap banyak lembapan dari tubuh anda dan boleh menyebabkan dehidrasi.

3. Jangan tidak bersarapan walau apapun alasannya.. (Cewahh..) Sarapan akan memberi tenaga untuk anda sepanjang hari dan juga menolong anda untuk mengurangkan stress..

4. Makan dengan perlahan. Badan anda memerlukan masa 20 minit untuk memastikan bahawa anda sudah kenyang atau belum. Dari kajian di Jepun, orang yang makan laju, berat badannya lebih senang untuk bertambah berbanding orang yang makan dengan perlahan.

5. Mendengar musik boleh menajamkan minda anda.. ( Kalau dgr lagu rock caner..? Tajam ke..? :p )

6. Minum banyak air untuk mengelakkan diabetes menyerang anda.

Mitos

1. Cuaca sejuk boleh menyebabkan anda demam atau tidak sihat. Cuaca sejuk tidak menyebabkan masalah kesihatan. Kajian telah mendapati orang yang hidup di kawasan yang sejuk susah untuk demam atau tidak sihat berbanding mereka yang hidup di kawasan yang lebih panas.. ( Sebab kat tempat panas, enzyme bakteria aktif ke...? )

2. Haba dari badan keluar di kepala..? Tidak.. Haba bukan sahaja keluar dari kepala tetapi juga dari bahagian badan lain yang terbuka.

3. Semua herba adalah selamat kerana herba adalah tumbuhan.. No no.. Memang selamat jika diambil dalam sukatan yang betul. Seperti herba Kava, untuk menghilangkan rasa gelisah, tetapi jika diambil banyak dan berlebihan akan menyebabkan toksik berkumpul dalam hati.. :)





Read more...

Dari mana datangnya Teddy Bear..?

Kalau sebut teddy bear je mesti ramai budak-budak suka kan..? Bukan budak-budak saje, Ira yang dah besar nie pun suka lagi.. hehe.. Tahun nie pun dapat banyak teddy bear dari en.Hubby.. Tapi.. Dalam kita suka-suka teddy bear nie, tau tak dari mana asalnya teddy bear..?

Haaa..? Teddy bear ade sejarah ke..? Ade... Nak tahu tak....

Comel kan..? hehe..


1. Teddy dinamakan sempena seorang President iaitu Theodore "Teddy" Roosevelt 

Tak macam teddy bear pon.. =.="

2. Dalam lawatan politik beliau di Louisiana dan Mississippi, Rossevelt pergi berburu si Mississippi pada tahun 1903. Roosevelt telah menolak untuk menembak anak beruang hitam yang diikat pada pokok oleh tuan rumah Mississippi.

3. Seorang lelaki yang bernama Morris Michtom dan isterinya mencipta anak patung beruang dan dipamerkan di tingkap kedai mereka. Ting!! Dapat idea.. Dengan kebenaran President Roosevelt, mereka menamakan anak patung beruang tersebut "Teddy's" Bear.. Skank jadi teddy bear.. :)

4. Musium teddy bear pertama di dunia di asakan pleh Judy Sparrow ( Bukan adik Captain Jack Sparrow tau.. ) . Dibuka pada tahun 1984-2006 di Hampshire, England.

5. Penjualan teddy bear pada abad ke-21 mencapai keuntungan sehingga $1 billion.

6. Teddy bear yang paling famous ialah Winnie The Pooh. Teddy bear Winnie The Pooh asalnya dicipta pada tahun 1921 oleh syarikat british, Farnell. 



7. Teddy bear digunakan oleh pihak polis untuk menenteramkan kanak-kanak yang baru sahaja menghadapi trauma atau ketakutan yang melampau.. (Polis pun beli teddy bear tau..) 


Read more...

8 Cara Untuk Mengelakkan Makan 'supper'


Seperti semua orang maklum, makan lewat malam ataupun supper, tidak elok untuk kesihatan dan tubuh badan. Terutamanya kepada mereka yang menjaga bentuk tubuh, makan lewat malam adalah sangat perlu untuk dielakkkan.. Namun jika terlalu lapar, sudah tentu kita akan ke dapur dan mencari makanan lebihan selepas makan malam.. 8 cara untuk mengelakkan makan pada lewat malam adalah seperti berikut :-

1. Makan malam dengan secukupnya dan memenuhi keperluan anda

Ni semestinya perkara biasa tetapi tidak pada mereka yang ingin menurunkan berat badan. Selalunya mereka mengambil jumlah makanan yang sedikit semasa makan malam dan pada lewat malam akan berasa lapar dan ingin makan sekali lagi..Hal ini bukan menyebabkan berat anda berkurang malahan bertambah.. Jumlah makanan makan malam tidak semestinya banyak dan besar, tetapi cukup untuk memenuhi keperluan dan seimbang.

2. Makan buah

Makan lewat malam selalunya disebabkan kita ingin makan makanan yang manis ataupun pencuci mulut serti ais krim atau cokelat. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, seeloknya masa makan malam, mulakan dengan memakan buah-buahan. Ini membantu anda untuk tidak makan makanan yang manis sebelum masuk tidur..

3. Minum teh herba

Keinginan untu makan snek di malam hari boleh dihilangkan dengan minum teh herba. Selain teh herba, teh lain juga boleh diminum seperti teh pudina ataupun teh bunga..

4. Memberus gigi

Mulut yang sudah bersih dan berbau segar tentunya akan mengalang anda daripada makan lagi sekali pada waktu malam. 

5. Minum air

Anda sedar atau tidak, minum air boleh mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan. kadang-kadang, kehausan boleh disalah ertikan sebagai rasa lapar. 

6. Telefon teman@ keluarga.. Bergayot...

Tips yang ke-enam ini bukanlah untuk membuat anda meraa kenyang tetapi untuk mengelakkan anda untuk ingat tentang makan dan kelaparan yang anda rasa pada lewat malam.. Distraction.. Untuk mengalihkan perhatian anda dari lapar dan makanan kepada hal lain.

7. Gerakkan tubuh anda

Bersenam sedikit akan membantu anda untuk menghilangkan rasa untuk makan. Cuba kurangkan seberapa kalori yang boleh..

8. Main game..??

Tips ini juga membantu anda untuk mebgurangkan perhatian terhadap rasa lapar dan keinginan untuk makan.. Selalunya berkesan kan..?? :)



Read more...

Fokuskah Anda..?



Jom jawab soalan-soalan dibawah untuk memastikan adakah anda betul-betul fokus..?? Fokus.. Fokus...

Sesi 1 :

Kertas A4 berwarna apa...?
Asap berwana apa......?
Tisu berwarna apa......?
Lembu minum apa........?


Siapa jawab SUSU angkat tangan..?? hahaha... Fokus anda terganggu... Lembu minum air la....

Sesi 2 :

Rambut kita warna apa....?
Tulisan di surat khabar  biasanya berwarna apa...?
Jalan raya warnanya apa...?
Kelawar tidur bila....?

Malam..?? Bila pulak kelawar tidur malam.. Kelawar tidur siang.. hehehe... Fokus anda terganggu lagi...

Sesi 3:

Cendol warnanya apa...?
Daun kelapa warnanya apa...?
Biasanya daun berwarna apa..?
Harimau makan apa...?

Rumput..?? Harimau mane makan vege.. Harimau makan daging... hehe

Haa.. Fokuskah anda..?? Jangan marah.... Ngeh ngeh ngeh.. <-- ( gelak jahat.. hehe)

Read more...

Menjadi Wanita Bahagia


Buku nie pun Ira beli masa pameran buku 1Malaysia dekat dalam uni... Senaskhah buku nie RM 16.90 sahaja.. Lagi murah dari makan Pizza ataupon KFC... Apa salahnya berbelanja sedikit untuk membeli buku untuk dibaca kan kan kan... Bagi Ira, dapat beli buku bermanfaat dengan harga yang kurang dari puluhan ringgit adalah sangat menguntungkan okeyh.. :)

Buku nie mempunyai banyak motivasi-motivasi untuk para wanita dan disertakan sekali dengan ayat-ayat pedoman dan kisah-kisah di zaman Rasulullah s.a.w.. Buku nie ade banyak bab.. Diamana setiap bab dinamakan dengan nama-nama perhiasan yang wanita suka seperti nilam, emas, mutiara, kalung, etc..

Jadi, daripada kita mempamerkan perhiasan tersebut secara zahir, apa kata kalau kita baca at least 1 halaman dari buku nie, dan hiasi dengan perhiasan-perhisan tersebut didalam diri kita.. Sudah tentu ianya amat berharga dan satu hari nanti, boleh dikongsi bersama ahli keluarga ataupun sahabat wanita yang lain.. :)

Read more...

Untukmu Wanita


Buku UNTUKMU WANITA ni adalah salah satu buku yang tersenarai dalam rak buku Ira.. (^-^) Ira beli mase pameran buku 1Malaysia.

Buku ni macam buku guidebook untuk para wanita.. Persoalan yang dibincangkan adalah persoalan yang selalu diutarakan oleh para wanita.. Ada jugak persoalan yang kita anggap remeh tapi dibincangkan jugak kat dalam buku nie... Yang paling popular, mestilah bab tutup aurat... (^-^)

Buku nie ade tiga segmen iaitu bab imej diri wanita, bab mencari jodoh dan bab persoalan perkahwinan.. Dah dicop pun kat muka depan tu MESTI BACA kan.. hehe.. Jadi, kenalah baca untuk menambah ilmu pada diri kita... Yela..  Kita sebagai wanita pun (wah..!! ira da besar~ ngeh ngeh) mestila mencukupi ilmu didada.. Bukan sahaja ilmu duniawi tapi jugak ilmu untuk akhirat nanti...



Read more...

Ade Ape Dengan Facebook Wall..?


1. Apakah maksud 'WALL'...?
 - wall bermaksud DINDING...

2. Siapakah pengasas FB..?
- Mark Zuckerberg.. Seorang yang berbangsa YAHUDI..

3. Jadi... Apa kaitannya...?? =.="
Penganut Yahudi dan dinding mempunyai satu kaitan yang hebat. Para penganut Yahudi mempunyai satu dinding untuk meluahkan sesuatu atau mengakui dosa-dosa mereka ; dinding itu dipanggil DINDING RATAPAN...

Dah dapat relate dinding FB ngan dinding ratapan..? Jadi, bersma-samalah kita untuk tidak menjadikan WALL di Facebook sebagai tempat luahan seperti bangsa ini.. Sebaiknya, jadikan WALL kita sebagai tempat perkongsian ilmu dan manfaat... Peringatan bersama (^-^)

Read more...

Sunday, January 29, 2012

Ringan Macam Awan


Ringan seperti awan.. Betul ke awan itu ringan..? Siapa pernah pegang awan..? Ira pernah dulu.. Masa tu Ira pergi Genting Highlands.. Naik gondola.. Ira ade la pegang kabus awan.. Nipis... Sejuk.. Cam asap.. Tapi.. Nak tahu tak..?

Awan sebenarnya sangat SANGAT sangat berat.. Walaupun kita selalu nampak awan tu terapung, tapi menurut National Center for Atmospheric Research, satu awan cumulus bersamaan dengan berat 100 ekor gajah.. Manakala awan ribut, boleh mencecah berat 200,000 ekor gajah.. 

Wow.. Terapung.. Macam kapas.. Tetapi sangat SANGAT sangat berat rupanya..

Read more...

7 Mitos Tentang Berhenti Merokok


7 Mitos Tentang Berhenti Merokok

1. Berhenti merokok menyebabkan naik berat badan

Takut berat badan bertambah adalah salah satu sebab mengapa perokok tidak berhenti merokok. Berdasarkan fakta daripada kajian-kajian yang tela dibuat, secara purata perokok akan naik berat badan sebanyak 5 hingga 10 paun iaitu 2 hingga 4 kilogram. Berhenti merokok menyebabkan psikologi dan fizikal seseorang berubah. Adalah satu kesilapan mengatakan ketagih kepada nikotin akan membuat anda berasa lapar sementara ada juga  yang mengatakan bahawa makan adalah salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada ingin merokok.. Berat badan yang naik boleh dikurangkan dengan memperbanyakkan senaman, berpuasa sunat dan makan mengikut keperluan sahaja.. Jangan berlebihan.. :)


2. Merokok beberapa batang rokok sehari.. Okay la tu.. Dari sekotak..

Ada yang mengatakan mereka berhenti merokok dengan mengurangkan kuantiti yang diambil dalam sehari.. Contonya, seseorang mengambil rokok sebanyak 20 batang sehari dan boleh mengurangkannya kepada 3. Ini tidak boleh dikatakan berhenti kerana dia masih lagi merokok cuma dalam kuantiti yang sedikit. 

Kajian di Norway terhadap 43,000 lelaki dan wanita merokok telah dijalankan. Wanita yang merokok 3-4 batang rokok sehari (sikit kan...), mempunyai risiko 5X untuk mendapat kanser paru-paru berbanding yang tidak merokok. Lelaki pula 3X.. Pendek kata, merokok itu merbahaya walaupun dalam jumlah yang sedikit.

3. Berhenti merokok akan melibatkan kos yang tinggi

Cuba banyangkan cukai yang ada pada setiap kotak rokok yang dibeli. Jika dikumpul dalam satu jangka masa, anda akan mendapati lebih sikit wang yang dibelanjakan untuk proses berhenti merokok daripada membayar cukai yang ada pada satu kotak rokok.. Apatah lagi dengan harga satu kotak rokok.. Banyak yang anda jimat.. Boleh membeli benda lain.. Hadiah untuk si dia ke... (^-^)

4. Saya yang merokok.. Orang lain tak kena apa-apa pun....

Adakah anda tahu dan sear bahawa terdapat 4,000 jenis kimia ada dalam sebatang rokok.. Dan dengan setiap hembusan asap dari perokok, orang lain yang menyedut asapnya menerima risiko 2X lebih banyak berbanding diri perokok itu sendiri. (Sape cakap orang lain xkene ape2... Cakap..) 

5. Cerut dan mengunyah tembakau lebih selamat berbanding rokok

Ada yang berpendapat bahawa syarikat yang mengeluarkan cerut dan tembakau telah mengunakan teknologi untuk mengurangkan risiko terhadap si perokok. Ramai yang mengunakan alternatif ini mungkin berpunca kerana kadar cukai yang rendah,

Cerut lebih berbahaya berbanding rokok. Ia mempunyai kandungan tar yang lebih banyak dan mendedahkan perokok kepada kanser paru-paru dengan risiko yang lebih besar. Selain itu, mereka juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser mulut, lidah, bibir, larynx dan juga penyakit jantung.

Orang yang mengunyah tembakau akan lebih cepat ketagih. Satu cubit tembakau untuk dikunyah mengandungi gula dan garam sebanyak satu sudu penuh..Natijahnya, pengunyah tembakau akan menghidap kanser mulut, tekak, pipi, gusi, lidah, rahang, muka dan bibir. 

6. Saya dah lama merokok. Okay je. Perlu berhenti ke..?

Satu kajian di Duke University di Amerika mengatakan perokok yang berhenti merokok sebelum usia mereka mencecah 35 tahun mempunyai peluang hidup yang panjang seperti orang bukan perokok. Tetapi itu bukan alasan untuk berhenti pada umur yang lewat seperti 40 , 50 mahupun 60. 

Perokok yang mencapai usia emas, jika berhenti merokok, mereka akan kurang batuk, stamina diri semakin bertambah an jangkitan pada paru-paru berkurangan. Untuk setiap peringkat umur, jika berhenti merokok, terdapat peluang beberapa tahun lebih lama untuk hidup. 

7. Saya merokok kadang-kadang.. Bukan ketagih...

Nikotin yang terdapat dalam rokok akan menyebabkan ketagihan yang tinggi berbanding heroin, alkohol dan kokain. 

Apabila nikotin disedut, satu signal akan disampaikan kapada otak, untuk meningkatkan jumlah dopamin dan memberikan satu kenikmatan kepada si perokok. Malangnya, rasa nikmat itu hanya untuk sementara dan dalam masa yang singkat. Ini menyebabkan si perokok akan merokok kembali untuk mendapat 'kenikmatan' tersebut. 

Read more...