Seperti semua orang maklum, makan lewat malam ataupun supper, tidak elok untuk kesihatan dan tubuh badan. Terutamanya kepada mereka yang menjaga bentuk tubuh, makan lewat malam adalah sangat perlu untuk dielakkkan.. Namun jika terlalu lapar, sudah tentu kita akan ke dapur dan mencari makanan lebihan selepas makan malam.. 8 cara untuk mengelakkan makan pada lewat malam adalah seperti berikut :-
1. Makan malam dengan secukupnya dan memenuhi keperluan anda
Ni semestinya perkara biasa tetapi tidak pada mereka yang ingin menurunkan berat badan. Selalunya mereka mengambil jumlah makanan yang sedikit semasa makan malam dan pada lewat malam akan berasa lapar dan ingin makan sekali lagi..Hal ini bukan menyebabkan berat anda berkurang malahan bertambah.. Jumlah makanan makan malam tidak semestinya banyak dan besar, tetapi cukup untuk memenuhi keperluan dan seimbang.
2. Makan buah
Makan lewat malam selalunya disebabkan kita ingin makan makanan yang manis ataupun pencuci mulut serti ais krim atau cokelat. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, seeloknya masa makan malam, mulakan dengan memakan buah-buahan. Ini membantu anda untuk tidak makan makanan yang manis sebelum masuk tidur..
3. Minum teh herba
Keinginan untu makan snek di malam hari boleh dihilangkan dengan minum teh herba. Selain teh herba, teh lain juga boleh diminum seperti teh pudina ataupun teh bunga..
4. Memberus gigi
Mulut yang sudah bersih dan berbau segar tentunya akan mengalang anda daripada makan lagi sekali pada waktu malam.
5. Minum air
Anda sedar atau tidak, minum air boleh mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan. kadang-kadang, kehausan boleh disalah ertikan sebagai rasa lapar.
6. Telefon teman@ keluarga.. Bergayot...
Tips yang ke-enam ini bukanlah untuk membuat anda meraa kenyang tetapi untuk mengelakkan anda untuk ingat tentang makan dan kelaparan yang anda rasa pada lewat malam.. Distraction.. Untuk mengalihkan perhatian anda dari lapar dan makanan kepada hal lain.
7. Gerakkan tubuh anda
Bersenam sedikit akan membantu anda untuk menghilangkan rasa untuk makan. Cuba kurangkan seberapa kalori yang boleh..
8. Main game..??
Tips ini juga membantu anda untuk mebgurangkan perhatian terhadap rasa lapar dan keinginan untuk makan.. Selalunya berkesan kan..?? :)