Thursday, March 8, 2012

Ada Apa Pada Suara

Tahukah anda bahawa anda boleh mengetahui personaliti seseorang itu melalui suara dan cara percakapannya..? Setiap daripada kita mempunyai vara bertutur yang berbeza-beza.. Jom kit akenali diri kita dan mereka.. :)


1. Suara yang nyaring dan pertuturannya jelas dan senang difahami

Personaliti : Orangnya berani dan tegas

2. Suara yang sederhana, tidak kuat dan tidak berbisik

Personaliti : Orangnya sederhana dan percakapannya boleh dipercayai

3. Suara yang kurang ceria apabila bercakap dan tidak bercakap banyak.

Personaliti : Mempunyai pendirian yang tegas dan banyk berfikir apabila membuat kerja

4. Suara yang sekejap kuat, sekejap perlahan, cakap laju-laju plak tu... 

Personaliti : Seorang yang pemarah dan selalu bersikap terburu-buru

5. Suara yang mengejut dan lambat

Personaliti : Seorang yang lambat berfikir

6. Bercakap dengan terburu-buru dan tidak teratur

Personaliti : Seorang yang kurang sabar dan gopoh dalam membuat suatu pekerjaan

Read more...

16 Keistimewaan Seorang Wanita


16 Keistimewaan Sebagai Seorang Wanita

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat perangainya.

3. 2 rakaat daripada seorang wanita yang hamil dalah lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.

4. Tiap-tiap setitik susu yang disususkan kepada anaknya akana mendapat satu pahala.

5. Wanita yang melayan dengan baik suami yang baru pulang dan letih mendapat pahala jihad.

6. Wanita yang tidak lena tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit mendapat pahala membebaskan 20 orang hamba.

7. Wanita dan suaminya yang berpandangan dengan penuh kasih sayang akan mendapat rahmat Allah S.W.T.

8. Wanita yang menyapu lantai sambil berzikir mandapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

9. Wanita yang menjaga solat, taat pada suami dan berpuasa,Allah mengizinkannya untuk memasuki syurga daripada mana-mana pintu syurga,

10. Wanita yang hamil dapat paha berpuasa pada siang hari dan mendapat pahala beribadat pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitanpada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

12. Jika wanita meninggal dalam masa 40 hari selepas melahirkan, dia dianggap syahid.

13. Jika wanita melayan suami tanpa khianat, dia akan mendapat pahala 12 tahun solat.

14. Jika seorang wanita menyusui anaknya sehingga 2 setengah tahun, maka malaikat akan mengkhabarkan bahawa syurga adalah wajib baginya.

15. Jika suami redha apabila seorang wanita itu menginggal, maka dia akan masuk syurga.

16. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah, akan mendpat pahala 80 tahun ibadat.

Read more...

Untuk Kulit Yang Halus

Kulit yang halus dan licin merupakan satu impian setiap gadis remaja mahupun wanita di dunia ini.. Banyak  wang ringgit telah dihabiskan untuk membeli kosmetik-kosmetik kecantikan tetapi hasilnya tidak memuaskan.. Ada memberi kesan apakah anda pernah terfikir bahawa pemakanan kita boleh memberikan impak kepada tekstur kulit wajah... Mari kita lihat makanan-makanan yang harus diamalkan untuk mendapat kulit yang halus dan licin..

1 ) Budu


Tahukah anda dengan memakan dudu, kulit anda mampu menjadi halus dan licin.. Ini kerana khasiat yang ada didalam budu.. Selain itu, budu mampu meningkatkan daya otak seseorang.. :)

2) Salad



Dengan memakan hanya enam daun salad setiap hari, keperluan Vitamin A oleh badan kita boleh dipenuhi. Vitamin A membantu pembaharuan sel kulit dan juga menegangkan kulit wajah anda. Selain itu, zat kalium @ potassium yang ada mampu meningkatkan zat kulit dan membantu penyerapan oksigen untuk mempertingkatkan aliran darah.

3) Tomato



Tomato mempunyai kandungan Vitamin C yang banyak. Selain itu, tomato juga mengandungi kolagen semula jadi yang boleh mengelakkan kulit anda dari berkedut dan kendur.

4) Epal



Kandungan Quercetin, sejenis bahan antioksida, mampu melindungi kulit anda daripada pancaran UVB matahari yang merbahaya. Pancaran UVB ini mapmpu menyebabkan kanser kulit.

5) Soya


Kandungan vitamin dalam kacang soya matlah tinggi. Selain itu, pengambilan susu soya memang terkenal dengan khasiatnya pada kulit. Ianya mampu menegangkan dan mencantikan kulit. Sekaligus, boleh mengurangkan kedutan. Makanan yang berasakana soya juga boleh diamalkan, sebagai contoh Tempe.

6) Telur



Dua zat didalam telur, Lutein dan Zeaxanthin mampu mencegah kulit daripada kerosakan akibat daripada pancaran UV. Selain itu, ia juga mampu untuk memngekalkan kelembapan kulit, keanjalan dan kehalusan kulit wajah.

Read more...