Tuesday, April 17, 2012

Kelebihan Ayat Kursi

AYAT KURSI:



1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi

2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu

3) Baca setelah berwudhu, Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian. 

Read more...

Sbb selalu snooze

Kalau macam nie, nak snooze ke nak bangun teros ke nak dismiss da tu sambung tidur.. hahaha...



Keputusan terletak di tangan anda...... ;p



Read more...

Nak iPad tak..?

Sekarang, sume orang tengah kecoh-kecoh nak kai android la.... tablet la... dan yang paling popular skali, iPad.... So... Nak iPad tak..? Tapi pastikan anda mempunyai ipHone okay....


It's So Simple....


Tada!! DAh jadi iPad... ;p


Read more...

Syaitan dan Manusia

1 ) Iblis terkencing dengar firaun mengaku dirinya tuhan. Sedangkan syaitan sendiri tidak pernah mengaku begitu..... isk isk isk.. Manusia...

2) Kalau kita tak sujud kepada Allah s.w.t, kita lagi berat daripada syaitan... Sebab syaitan cuma tak sujud kepada Nabi Adam a.s tetapi tetap sujud kepada Allah s.w.t..... Renungkan~

Sumber : Koleksi Soal Jawab Ust Azhar Idrus
Read more...

9 Fhadilat Mendidik Anak



9 FHADILAT MENDIDIK ANAK
 




1.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

2.Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

3.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. 

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

5.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.

Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

6.Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8.Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

9.Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Read more...

9 Jenis Anak Syaitan

9 JENIS ANAK SYAITAN



Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Read more...

10 Perkara Yahudi Sembunyikan

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang bangsa Yahudi ni sembunyikan pada pengetahuan umum. 




  • Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahaya dalam kandungannya!.

  • Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

  • Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

  • McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

  • Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

  • Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

  • Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

  • Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

  • Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

  • Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Read more...

Amalan Ketika Anak Tidur

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR




♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, 

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. 

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. 

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..


p.s : xde anak lagi tapi saje wat koleksi... hikhikhik

Read more...

Unintended



Dlu... Pernah dapat sms dari rangkap lagu nie dr en.Hubby... (^-^) 

Read more...

Tuesday, April 10, 2012

Koleksi Kek 1


Suka makan kek..? Tengok kek nie... Tak sampai hati nak makan.... hehe


Nak iPhone..? Nah... Ambek kek nie... (^-^)


Kalau perempuan, mesti happy sangat bila dapat kek macam nie kan..? :) Besar tu...


Burger..?? NO! Salah.. Nie pun kek jugak... Nampak macam BigMac tak..? :)


Sape peminat pastel dan polkadot, mesti terpikat kan..? :)







Read more...