Thursday, March 8, 2012

Untuk Kulit Yang Halus

Kulit yang halus dan licin merupakan satu impian setiap gadis remaja mahupun wanita di dunia ini.. Banyak  wang ringgit telah dihabiskan untuk membeli kosmetik-kosmetik kecantikan tetapi hasilnya tidak memuaskan.. Ada memberi kesan apakah anda pernah terfikir bahawa pemakanan kita boleh memberikan impak kepada tekstur kulit wajah... Mari kita lihat makanan-makanan yang harus diamalkan untuk mendapat kulit yang halus dan licin..


1 ) Budu


Tahukah anda dengan memakan dudu, kulit anda mampu menjadi halus dan licin.. Ini kerana khasiat yang ada didalam budu.. Selain itu, budu mampu meningkatkan daya otak seseorang.. :)

2) Salad



Dengan memakan hanya enam daun salad setiap hari, keperluan Vitamin A oleh badan kita boleh dipenuhi. Vitamin A membantu pembaharuan sel kulit dan juga menegangkan kulit wajah anda. Selain itu, zat kalium @ potassium yang ada mampu meningkatkan zat kulit dan membantu penyerapan oksigen untuk mempertingkatkan aliran darah.

3) Tomato



Tomato mempunyai kandungan Vitamin C yang banyak. Selain itu, tomato juga mengandungi kolagen semula jadi yang boleh mengelakkan kulit anda dari berkedut dan kendur.

4) Epal



Kandungan Quercetin, sejenis bahan antioksida, mampu melindungi kulit anda daripada pancaran UVB matahari yang merbahaya. Pancaran UVB ini mapmpu menyebabkan kanser kulit.

5) Soya


Kandungan vitamin dalam kacang soya matlah tinggi. Selain itu, pengambilan susu soya memang terkenal dengan khasiatnya pada kulit. Ianya mampu menegangkan dan mencantikan kulit. Sekaligus, boleh mengurangkan kedutan. Makanan yang berasakana soya juga boleh diamalkan, sebagai contoh Tempe.

6) Telur



Dua zat didalam telur, Lutein dan Zeaxanthin mampu mencegah kulit daripada kerosakan akibat daripada pancaran UV. Selain itu, ia juga mampu untuk memngekalkan kelembapan kulit, keanjalan dan kehalusan kulit wajah.