Monday, January 30, 2012

Khasiat buah delima


Buah delima nie memang sedap dan manis.. Tapi manisnya tidak menyebabkan tekak kering atau merasa tidak selesa. Tahun lepas, Ira ngan en.Hubby ada beli buah delima dekat pasar.. Delima dari Spain.. Rm 5 sebiji.. hehe.. Biarlah.. Tapi ape yang bestnye, isi buah delima tu sangat mera dan besar.. dan SANGATTT manis.. :) hehe.. Ira suka makan buah delima lepas tengok cerita Prince of Persia.. Lagi satu pengaruh filem.. haha... Sebab buah delima nampak sangat sedap dalam cerita tu.. Ira try sebiji dan addicted.. :) ngeh ngeh..


Khasiat Buah Delima

1. Buah Delima, samada isi ataupun jusnya boleh menghindar penyakit seperti leukemia, kaser payudara dan kanser prostat.

2. Buah Delima adalah buah yang mengandungi jumlah anti-oksidan sangat tinggi.

3. Jika dimakan selalu, buah delima akan menegangkan kulit wajah anda serta menghalang wajah dari kedutan.

4. Mengikut kitab suci Al-Quran, buah delima tumbuh dalam raman syurga.. (55:068)

5. Kajian di Israel menunjukkan bahawa buah delima mampu menghapuskan sel-sel kanser dari terbentuk.

6. Buah delima terpatri pada duit syiling kerajaan purba Pamphylia.

7. Terdapat 760 jenis buah delima.

8. Buah delima bersaiz besar yang kering dijumpai dalam makam Djehuty, iaitu pengawal peribadi Permaisuri Hatshepsut, Mesir.