Thursday, January 19, 2012

Matahariku


Matahari… Sama seperti orang yang kita sayang dan cintai… Kadang-kadang habanya membuat kita merasa nyaman… dan kadangkala terlalu panas….

Matahari… memberikan cahaya untuk menerangi kita pada siang hari… Pada waktu malam pula.. Matahari mewakilkan dirinya pada bulan untuk memantulkan cahayanya kepada kita… Tidak kira malam atau pagi, matahari tetap ada bersama kita….

Sama seperti orang yang kita cintai dan sayangi… Bila dia dekat, tentu saja dia ada bersama kita.. Tetapi semasa berjauhan, dia akan mengantikan dirinya dengan paggilan ataupun sms.. Seperti matahari mewakilkan bulan… Dimana pun dia berada, dia tetap bersama kita…

Matahari membenarkan kita dan makhluk lain untuk hidup.. Tanpanya….. Pokok-pokok tidak akan hidup kerana pokok memerlukan cahaya matahari untuk terus membesar dan manusia pula….. Akan mati dalam kegelapan….

Sama seperti orang yang kita sayangi dan cintai…. Kehadiran dirinya sangat penting dalam hidup kita.. dan keluarganya…. Keluarganya adalah seperti pokok-pokok.. Keluarga orang yang kita cintai memerlukan kehadirannya disepanjang hidup mereka.. Sama seperti pokok, yang memerlukan cahaya matahari untuk hidup…  Tanpa kehadiran orang yang kita cintai didalam hidup kita seharian, hidup kita tidak akan terasa sempurna.. Terasa kosong… Terasa sunyi dan sejuk.. Dan lama kelamaan, mugkin akan mati akibat daripada terlalu rindu.. Sama seperti manusia yang mati kerana kegelapan…

Pada waktu hujan, kita selalu menunggu cahaya matahari untuk keluar kerana cahayanya dan habanya membuatkan kita terasa selesa… Ketika kita menjemur kain, tentu sahaja kita mengharapkan cahaya matahari untuk sentiasa ada….

Sama seperti orang yang kita cintai dan sayangi….Pada waktu kita berada dalam kesulitan, tentu sahaja kita mengharapkan orang yang kita cintai muncul dan memberikan kasih sayang dan cintanya kepada kita..Cukup dengan kata-katanya, kita akan kembali bersemangat… sama seperti kita diwaktu hujan yang meniginkan matahari… Ketika kita membuat sesuatu, kita juga mengharapkan dia ada bersama kita.. Ini kerana kehadirannya membuatkan kita yakin dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan… Sama seperti ketika kita menjemur kain.. Kita mengharapkan matahari tetap ada, sehingga kain kita kering dan boleh dilipat ketika masih wangiii…. J

Tetapi… Kadangkala haba matahari terlalu panas… Sama seperti orang yang kita cintai dan sayangi…. Adakalanya sikapnya membuatkan kita terasa sedih dan marah……

Hanya ada satu sahaja kelemahan matahari dan yang lainnya, semuanya untuk kebaikan kita… Jadi.. kenapa orang mengaitkan matahari dengan kepanasannya sahaja….

Sebagai seseorang yang mencintai dan menyayangi, kita tidak seharusnya melihat “kepanasan”  matahari kita sahaja… Sepatutnya, kita melihat kelebihan-kelebihannya yang lain.. Jadi.. Tidak salah jika kita selalu memaafkannya jika berlaku sesuatu yang menyinggung perasaan kita…

Aku mempunyai matahariku sendiri.. Matahariku yang mempunyai senyuman yang manis.. Senyuman yang selalu membuatkanku merasa selesa dan sangat bahagia… Matahariku selalu menemaniku…. Matahariku mengajarku banyak benda baru yang berguna untukku… Matahariku… Aku mencintaimu di dunia ini dan akhirat nanti… 

Matahariku... En.Hubby... (^-^)


©Si GaDis BenTo