Wednesday, January 18, 2012

The Khasiat Of Budu

   
Makan Dengan Nasi Panas-Panas... :)


       Budu ialah satu makanan delikasi daripada negeri-negeri Pantai Timur. Budu juga sinonim dengan negeri Kelantan Bumi Kenyalang  Darul Naim. Delikasi ini bukan sahaja terkenal di Malaysia malah dapat  menarik minat para pemakanan @ dietician luar negara seperti Jerman, Jepun, New Zealand, Australia dan Amerika.

       Ecece.. Skema perenggan kat atas.. hehe.. Tapi betul la ape ira ckp tu.. Haa... Selalunye, orang cakap makan budu banyak boleh wat jadi darah tinggi... Kan ke dah dipesan, bile makan, bersederhana... Kan kan.. :) Haaa... Walaupun budu dijual dalam botol kecik-kecik tu, namun khasiat die amatlah tinggi.. 

      Budu mengandungi Gluthaione, iaitu sebagai bahan anti-oksidant (awet muda), mengeluarkan toksin dari badan, menghalang KANSER dan meningkatkan ketahanan sistem immuniti. Haaa.. Kalu selalu makan, mesti jarang demam.. (Ira immuniti rendah, makan budu banyak-banyak!)

      Budu juga mempunyai potensi untuk :-
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mencegah penyakit seperti diabetes, kanser, koroner jantung, ateroklerosis
  • Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
  • Mencegah HIPERTENSION
  • Mengatasi masalah kanak-kanak yang menghidapi diare kronis akibat kurangnya zat dalam badan
  • MENINGKATKAN IQ (Sape nak pandai makan budu.... Patutla ramai orang pandai-pandai dari pantai timur... :) thumbs up! )

        Meningkatkan IQ..?? Caner..?? Budu boleh merangsang perkembangan sel-sel otak an mengukuhkan ikatan antara sel-sel neuron dan menguatkan sel neuron yang lemah... ( Macam iklan anmum pun ade.... hehe.. sel-sel neuron berhubung.. bla..bla.. hehehe...)

        Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara.  Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.

       Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8% hingga 10% bagi setiap 100 gm.Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

       Kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin). Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar.

Wow!! Jadi makan budu same dengan ambik supplement-supplement setiap hari... (^-^)