Monday, January 30, 2012

Dari mana datangnya Teddy Bear..?

Kalau sebut teddy bear je mesti ramai budak-budak suka kan..? Bukan budak-budak saje, Ira yang dah besar nie pun suka lagi.. hehe.. Tahun nie pun dapat banyak teddy bear dari en.Hubby.. Tapi.. Dalam kita suka-suka teddy bear nie, tau tak dari mana asalnya teddy bear..?


Haaa..? Teddy bear ade sejarah ke..? Ade... Nak tahu tak....

Comel kan..? hehe..


1. Teddy dinamakan sempena seorang President iaitu Theodore "Teddy" Roosevelt 

Tak macam teddy bear pon.. =.="

2. Dalam lawatan politik beliau di Louisiana dan Mississippi, Rossevelt pergi berburu si Mississippi pada tahun 1903. Roosevelt telah menolak untuk menembak anak beruang hitam yang diikat pada pokok oleh tuan rumah Mississippi.

3. Seorang lelaki yang bernama Morris Michtom dan isterinya mencipta anak patung beruang dan dipamerkan di tingkap kedai mereka. Ting!! Dapat idea.. Dengan kebenaran President Roosevelt, mereka menamakan anak patung beruang tersebut "Teddy's" Bear.. Skank jadi teddy bear.. :)

4. Musium teddy bear pertama di dunia di asakan pleh Judy Sparrow ( Bukan adik Captain Jack Sparrow tau.. ) . Dibuka pada tahun 1984-2006 di Hampshire, England.

5. Penjualan teddy bear pada abad ke-21 mencapai keuntungan sehingga $1 billion.

6. Teddy bear yang paling famous ialah Winnie The Pooh. Teddy bear Winnie The Pooh asalnya dicipta pada tahun 1921 oleh syarikat british, Farnell. 



7. Teddy bear digunakan oleh pihak polis untuk menenteramkan kanak-kanak yang baru sahaja menghadapi trauma atau ketakutan yang melampau.. (Polis pun beli teddy bear tau..)