Sunday, January 29, 2012

Drama : Attention Please


Attention Please

Attention Please merupakan drama Jepun bersiri. Drama ini ada 11 episod dan didalam setiap episod, watak utama, Misaki Youko, akan menghadapi pelbagai dan cabaran untuk menjadi seorang pramugari JAL..


Misaki Youko merupakan seorang perempuan dimana dia membesar dalam keadaan yang dikelilingi lelaki. Di zaman kanak-kanaknya, Misaki-san selalu bermain bersama-sama abangnya dan memakai pakaian abang-abangnya yang lama. Misaki-san dibesarkan oleh abang-abang dan ayahnya setelah kematian ibu. Di sekolah juga, Misaki-san berkawan dengan lelaki.. Dia tidak mempunyai ciri-ciri kewanitaan..

Misaki-san mempunyai band sendiri dan dia telah jatuh hati kepada salah seorang anggota kumpulan. Malangnya, jejaka itu berpindah ke Tokyo kerana mendapat pekerjaan di salah sebuah bank disana. Dalam keadaan bergurau, jejaka tersebut mengatakan bahawa dia teringin melihat Youko dalam berpakaian uniform seperti pramugari. Tetapi kerana sayang, Misaki-san menganggap jejaka itu serius.. Sejak itu, Misaki-san cuba untuk menjadi seorang pramugari.

Walau bagaimanapun, banyak rintangan dan halangan yang Misaki-san terpaksa tempuhi kerana sifat seorang pramugari yang kewanitaan amat berbeza dengan perwatakan dirinya. Walau selalu dikutuk dan dimarahi, Misaki-san tetap senyum dan gembira. Ini yang membuatkan orang disekelilingnya menangggap dia tidak serius terhadap pekerjaanya..

Drama ini walaupun penuh dengan aksi lucu Misaki-san, ia tetap menunjukkan moralnya yang tersendiri.. Walaubagaimanapun diri kita, jika kita ingin berubah dan berjaya, kita boleh. Asalkan ada semangat dalam diri, mampu menahan cemuhan dan tomahan orang lain, mampu mengharungi rintangan dan cabaran, kita boleh berjaya menjadi seseorang yang kita inginkan.. (^-^)