Friday, February 10, 2012

Khasiat Buah Epal


An Apple A Day, Keeps The Doctors Away~

Mesti semua orang kenal buah epal kan..? :) Buah yang warnanya merah dan isinya manis.. Ada jugak epal warna hijau dan rasanya sedikit masam.. Tetapi baik untuk orang yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi dalam badan.. Kerana dengan makan epal hijau sebiji sehari, kandungan kolestrol dalam badan semakin berkurang..Semua orang mesti suka makan buah nie, dari kanak-kanak sampaila yang dewasa.. Sebab sedap kan.. :) Ira pulak suka makan Fuji Apple.. :)

7 Khasiat Buah Epal

1.Pertahanan Tulang
Para pengkaji makanan dari Perancis mendapati bahawa bahan perasa yang hanya terdapat dalam apple, phloridzin,  boleh membantu wanita yang telah menopause untuk melindungi tulang mereka daripada osteoporosis dan juga boleh menambah kekuatan tulang. Selain itu, mineral Boron yang terkandung dalam buah apple uga salah satu bahan  untuk menguatkan tulang anda..

2. Mengurangkan Asma
Satu kajian terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menghidap penyakit lelah @ asma boleh mengurangkan serangan asma mereka dengan minum jus apple dengan kerap.. Selain itu, ibu mengandung yang banyak makan buah apple mempunyai risiko yang sangat rendah untuk melahirkan bayi yang menghidap lelah.

3. Mencegah Penyakit Alzheimer @ Nyanyuk
Kajian tentang buah apple telah dijalankan di Cornell University dan mereka mendapati quercetin didalam buah apple mampu melindungi sel-sel otak daripada rosak.

4. Menurunkan kadar kolestrol
Kandungan pectin boleh merendahkan kandungan LDL ( kolestrol merbahaya). Orang yang makan apple 2 biji sehari boleh mengurangkan kadar LDL dalam bdan mereka sebanyak 16%.

5. Mencegah penyakit kanser
Dengan makan apple, tanpa kita sedari, sedikit demi sedikit diri kita boleh terhindar daripada penyakit kanser seperti kanser paru-paru, kanser payudara, kanser kolon dan kanser hati. Khasiat yang terdapat dalam isi dan kulit buah apple mampu mencegah penyakit yang membawa maut ini..

6. Pengurusan Diabetis
Pectin dalam apple memberi supply asid galacturonic untuk merendahkan jumlah insulin yang diperlukan oleh badan dan sekaligus dapat menguruskan penyakit diabetis yang dihidapi pesakit.

7. Menurunkan Berat Badan
Kajian di Brazil menunjukkan wanita yang makan apple sebanyak 3 bji sehari mampu hilang lebih banyak berat badan berbanding wanita yang berdiet tetapi tidak mengambil buah dalam makanan harian mereka,




Read more...

Kenal tak sape nie..?


Ngeee~ Kucing nie jadi Jack Sparrow... :) Comel~

Read more...

Roti Panda


Comel kan kalau breakfast ngan roti gnie... Dah tu setiap warna yang berlainan tu letak perisa.. NyuMMy!! berazam dah nie nak buat.. ehehe..

Read more...

Tak Payah Nikah Mahal-Mahal

Cerita ini adalah diCOPY dan diPASTE kat sini.. Mungkin ade yang dah baca.. Mungkin ada yang belum.. Bacalah.. Dan Make Your Decision.. Nak mahal..? Nak murah..? :)



Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.


Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

Tapi cuba fikir, perlu tidak?

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?

Harga lampin pakai buang?

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami?

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

***************************************************************************

Betul tak apa yang dia kata tu?

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat.

Read more...