Sunday, January 29, 2012

Drama : Attention Please


Attention Please

Attention Please merupakan drama Jepun bersiri. Drama ini ada 11 episod dan didalam setiap episod, watak utama, Misaki Youko, akan menghadapi pelbagai dan cabaran untuk menjadi seorang pramugari JAL..


Misaki Youko merupakan seorang perempuan dimana dia membesar dalam keadaan yang dikelilingi lelaki. Di zaman kanak-kanaknya, Misaki-san selalu bermain bersama-sama abangnya dan memakai pakaian abang-abangnya yang lama. Misaki-san dibesarkan oleh abang-abang dan ayahnya setelah kematian ibu. Di sekolah juga, Misaki-san berkawan dengan lelaki.. Dia tidak mempunyai ciri-ciri kewanitaan..

Misaki-san mempunyai band sendiri dan dia telah jatuh hati kepada salah seorang anggota kumpulan. Malangnya, jejaka itu berpindah ke Tokyo kerana mendapat pekerjaan di salah sebuah bank disana. Dalam keadaan bergurau, jejaka tersebut mengatakan bahawa dia teringin melihat Youko dalam berpakaian uniform seperti pramugari. Tetapi kerana sayang, Misaki-san menganggap jejaka itu serius.. Sejak itu, Misaki-san cuba untuk menjadi seorang pramugari.

Walau bagaimanapun, banyak rintangan dan halangan yang Misaki-san terpaksa tempuhi kerana sifat seorang pramugari yang kewanitaan amat berbeza dengan perwatakan dirinya. Walau selalu dikutuk dan dimarahi, Misaki-san tetap senyum dan gembira. Ini yang membuatkan orang disekelilingnya menangggap dia tidak serius terhadap pekerjaanya..

Drama ini walaupun penuh dengan aksi lucu Misaki-san, ia tetap menunjukkan moralnya yang tersendiri.. Walaubagaimanapun diri kita, jika kita ingin berubah dan berjaya, kita boleh. Asalkan ada semangat dalam diri, mampu menahan cemuhan dan tomahan orang lain, mampu mengharungi rintangan dan cabaran, kita boleh berjaya menjadi seseorang yang kita inginkan.. (^-^)

Read more...

Mashed Potatoes



Mesti semua orang tau ape itu mashed potatoes kan..? Ala.. Yang kite makan dekat KFC tu.. yang ade gravy kaler cekelat tu.. hehe.. Seap kan..? sebenarnye, senang je wat mashed potatoes nie.. Sedap jugak makan mashed potatoes tuk ganti nasi.. :)  Nak tau caner cara nak buat..? Senang je....

Bahan-bahan :

1. 6 biji kentang
2. Mentega
3. Garam

Cara Membuatnya :

1. Buang kulit kentang.. Potong 4, dah tu rebus... Rebus.. Rebus.. Rebus... Sampai lembut...
2. Dah kentang lembut, buang air rebusan dan terus lecek kentang tu panas2....
3. Tambah, mentega dan garam secukup rasa.. :)
4. Siap!!

Attention!!
Kalau nak lagi sedap, atau pun nak variasi warna.. Boleh rebus lobak merah a.k.a carrot atau broccoli.. Lepas sayur direbus sampai lembut, lecek bersama kentang dan tambah mentega dan garam.. Tadaaa!! Dapat dah mashed potato kaler oren atau ijau.. :)

Read more...

Top 10 Best Airlines Dalam Dunia

Ni la syarikat penerbangan yang menduduki tangga 10 tertinggi di dunia.. (^-^) Cube tengok negara kita kat number brape.. Hebat tak..? (^-^) Dalam banyak-banyak negara yang ada, negara kita listed sebagai salah satu syarikat penerbangan terbaik dunia... :) Start dari num 1.....

1. Singapore Airlines



Milik negara jiran kita, Singapore

2. Cathay Pacific

Milik negara Hong Kong

3. Qantas

Milik negara Australia


4. Thai Airways

Milik negara jiran kita jugak, Thailand....

5. Asiana

Milik Korea

6. Malaysia Airlines (Yahoo! )

i'm proud to be Malaysian!!

7. Qatar Airways

Milik Middle-East

8. Air New Zealand


9. Emirates


10. Etihad Airways












Read more...

Saturday, January 28, 2012

Bela Ikan Laga (Betta Splendens)

Mase ira dekat skola dulu, ira ade bele ikan laga (Betta Splendens ) kat umah tau.. Banyak sangat ira bele.. Kebetulan, daddy pun suke jugak tengok ikan tu.. Sebab warne dye comel-comel.. Harge dye pun murah.. Kalu kat tempat ira, ira beli RM2.50 je satu.. Tak tau rupe..?? Jap..


Haa.. Comel kan.. Ade banyak lagi warna dye... Selalu kalu warna yang macam nie, kira common la.. Sebab banyak yang kaler gnie.. Kalu ade ikan laga yang warna dye rare, macam warne peach ke, yang tu agak mahal la jugak.. Harga ikan laga yang paling mahal yang pernah ira tengok aritu sampai RM60.. Memang cantik sangat.. Tapi xpelah.. Ade yang RM2.50 pun cukup dah.. comel jugak..


Cube teke yang gamba dekat atas tu.. Dye tu ikan jantan ke betina..? Betina..? Salah... Jantan.. Hehe.. Ikan laga nie, yang kite slalu tengok orang jual kat kedai, yag comel2 tu jantan tau.. Yang betina, badan dye tak la secantik badan ikan laga jantan.. Badan dye simple je tau...



Haa.. Kalau yang betina, rupe dye simple semacam je macam gamba kat atas.. Dulu ira bele jantan ngan betina.. Ikan laga ira banyak sangat sampai ira ade cube nak biakkan dorg.. Comel tau tengok anak ikan laga nie masa umur sehari dua gitu.. :) sarang dorg macam buih-buih.. satu buih tu satu ikan.. 

Nanti kalau ade mase lagi, ira nak cube biakkan lagi.. :) hehe.. Rase nak bele balik la pulak.. hehe... 


Read more...