Friday, February 10, 2012

Roti Panda


Comel kan kalau breakfast ngan roti gnie... Dah tu setiap warna yang berlainan tu letak perisa.. NyuMMy!! berazam dah nie nak buat.. ehehe..

Read more...

Tak Payah Nikah Mahal-Mahal

Cerita ini adalah diCOPY dan diPASTE kat sini.. Mungkin ade yang dah baca.. Mungkin ada yang belum.. Bacalah.. Dan Make Your Decision.. Nak mahal..? Nak murah..? :)



Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.


Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

Tapi cuba fikir, perlu tidak?

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?

Harga lampin pakai buang?

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami?

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

***************************************************************************

Betul tak apa yang dia kata tu?

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat.

Read more...

Rahsia Cerita The Godfather

An Offer You Can't Refuse....

Sape pernah tengok cerita The Godfather..? Cerita nie pasak mafia itali yang duduk dekat NYC.. Popular lah jugak cerita nie zaman dulu-dulu.. Ira nie jenis minat layan cerita-cerita mafia nie. tu yang Ira pernah tengok.. cerita nie ade 3 siri.. Game PC pun ade dikeluarkan jugak based on movie nie.. The Godfather ngan The Godfather 2..

Rahsia dalam cerita nie ialah.....

Babak dalam cerita The Godfather dimana Clemenza tengah terangkan dekat Micheal Corleone (Masa Vito Corleone lepas kene tembak mase beli oren) cara-cara nak buat sos spaghetti adalah untuk backup kalau filem The Godfather nie jatuh/xfofuler~..Kate pengarahnya, Ford Coppola, kalau orang tak ingat jalan cerita lain pun, ingat caner nak wat sos spaghetti dari cerita aku arah pun okay.. :)

Dalam novel The godfather yang ditulis oleh Mario Puzo, babak Clemenza masak spaghetti nie memang ade.. Tapi takde la terangkan satu-satu resepinye macam dalam movie.. 

Jadi.. sape2 yang nak wat movie tapi takut flop dan terus dilupekan, baik letak resepi makanan.. hehe.. paling2 pun orang ingat la kite pernah arah cerita tu.. (^-^)

Read more...

Makan makanan manis, Berat Badan Turun...

NyumMy!!

Selalunya ramai orang yang mengelak dari makan makanan manis seperti gula-gula atau cokelat di awal hari untuk mengelakkan berat badan meningkat.. Tetapi sebenarnya bila makan gula-gula atau benda manis pada awal hari, ianya akan menolong anda untuk menurunkan berat badan..


Ira tau nie tak sihat diamalkan.. Baik pagi-pagi tu, makan la breakfast yang sepatutnya macam roti ke, oat ke.. Tapi ira nie bukan jenis yang makan breakfast.. Sakit perut.. tak tahu kenapa.. (^-^) Selalunya ira akan makan gula-gula halls yang manis sebijik dan................ tak lapar sampaila tengah hari... time for lunch! :) hehe NAk beli granola bars untuk breakfast tapi... mahal la pulak.. hahaha

Menurut satu kajian dekat Universiti Tel Aviv, makan makanan yang manis pada waktu pagi, menolong anda untuk menurunkan berat badan. KENAPA..???

Ini kerana tahap metabolism badan kita adalah amat tinggi pada waktu pagi. Jadi, pada waktu pagi nie lah waktu yang optimum untuk membakar calorie dalam badan... (oOo.. patutla makan breakfast macam king... lunch mcm queen... dinner macam pauper.... ) 

Dalam kajian ini, didapati orang yang makan makanan manis masa bersarapan hilang berat badan secara purata 40lbs seorang.. ataupun 18.14 kg... :) haa.. amacam..? nak makan tak gule-gule..?

Read more...